Home » » Junior Spell Master tingkat penguasaan bahasa Inggeris

Junior Spell Master tingkat penguasaan bahasa Inggeris

MARAN 14 Nov. - Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang menganjurkan program Junior Spell Master bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah rendah di negeri ini.
Pengerusi penganjur Junior Spell Master 2012, Noli Maishara Nordin berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial yang dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Jengka dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran.
Katanya, program yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan penyertaan 16 buah sekolah dan terbuka khusus untuk murid tahap satu.
Beliau berkata, para peserta berentap bagi merebut gelaran juara Junior Spell Master 2012 yang antaranya membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Desa jaya, SK Ulu Jempol, SK (LKTP) Jengka 1, SK (LKTP) Jengka 9, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Min dan SK Felda Jengka 22.
Tambah beliau, sekolah lain yang turut menyertai program itu ialah SK Bukit Segumpal, SK Bukit Lada, SK Tanjong Perang, SK Bandar Pusat, SK Bukit Bota dan SK Sekara, Chenor.
 
Menurut beliau, pendedahan itu penting bagi menyemai dan memupuk minat terhadap bahasa Inggeris pada usia muda seterusnya mengukuh dan memperkaya kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
"Kekurangan kosa kata adalah salah satu penyebab utama para pelajar berasa janggal dan tidak berkeyakinan menggunakan lingua franca ini," katanya.
Beliau berucap dalam majlis perasmian program Junior Spell Junior Master yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad di UiTM Pahang Kampus Khazamah Alam Jengka sini baru-baru ini.
 
Yang hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Pahang, Prof. Madya Khaffiruddin Ali, wakil PPD Maran, Saiful Hisham Yaacob, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jengka, Norpazlyaton Pilus dan Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Pahang, Dr. Kamisah Ariffin.
Jelasnya, di samping dapat berkenalan dengan rakan sebaya dari sekolah lain, para peserta juga digalakkan menanam cita-cita menyambung pengajian di menara gading kelak



Terima kasih kerana membaca Junior Spell Master tingkat penguasaan bahasa Inggeris. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan