Home » » Piala AFF 2012: Thai tumpas Filipina 2-1, Vietnam-Myanmar seri

Piala AFF 2012: Thai tumpas Filipina 2-1, Vietnam-Myanmar seri

THAILAND mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Filipina pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam tadi.
   
Skuad Gajah Putih itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang Jakkapan Pornsai yang merembat kencang selepas mendapat hantaran sebelah kanan daripada rakan sepasukan.
   
Dua minit kemudian, mereka menggandakan jaringan menerusi Anucha Kitpongsri yang berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol Filipina, Eduard Ortalla Sacapano.
   
Filipina berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Paul Mulders pada minit ke-76.
   
Jurulatih Filipina Hans Michael Wiess, dari Jerman, diarah meninggalkan bangku simpanan pemain oleh pengadil perlawanan pada minit ke-81 kerana membaling bola ke atas pemain Thailand yang mengalami kecederaan di tepi padang.
   
Kemenangan tersebut membolehkan Thailand yang muncul juara pada 1996, 2000 dan 2002 mendahului Kumpulan A sambil diekori rapat oleh Myanmar, Vietnam dan
Filipina.
   
Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Vietnam dan Myanmar terikat seri 1-1 pada perlawanan yang diadakan di stadium yang sama.
   
Vietnam terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Le Tan Tai pada minit ke-34 sebelum Myanmar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti oleh pemain tengah mereka, Kyi Lin.
   
Selepas ini, Thailand akan bertemu Myanmar manakala Vietnam dijadualkan menentang Filipina pada 27 November ini.
   
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di stadium yang sama. - Bernama


Terima kasih kerana membaca Piala AFF 2012: Thai tumpas Filipina 2-1, Vietnam-Myanmar seri. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan