Home » » Amal wasatiyyah demi perpaduan

Amal wasatiyyah demi perpaduan

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah mengajak rakyat untuk menghayati pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) demi mencapai perpaduan dan kecemerlangan.
Seri Paduka turut menyeru rakyat agar mengekal dan memperkukuhkan perpaduan dalam usaha membina kekuatan bagi memajukan agama, bangsa dan negara."Marilah kita sama-sama menjayakan setiap usaha pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kesederhanaan dan berimbang.
 
"Beta percaya rakyat di negara ini amat memahami dan menyedari kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara. "Perpaduan, kestabilan dan kerjasama amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara," titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bertemakan ' Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' yang dihadiri lebih 13,000 umat Islam di Masjid Putra di sini semalam.
 
Turut berangkat hadir pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada majlis itu, bekas Mufti Negeri Sarawak, Datuk Seri Anis Abot dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan tahun ini.
 
Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil, tafsir pimpinan Ar-Rahman dan set kitab Tafsir Fil-Zilalil Quran daripada Yang di-Pertuan Agong.
Lapan individu lain turut dipilih menerima Anugerah Maulidur Rasul dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil, tafsir pimpinan Ar-Rahman dan set kitab Tafsir Fil-Zilalil Quran.
Selain di Putrajaya, sambutan Maulidur Rasul turut diadakan di seluruh negara.



Terima kasih kerana membaca Amal wasatiyyah demi perpaduan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan