Home » » Anwar menang saman fitnah terhadap Utusan

Anwar menang saman fitnah terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam saman fitnahnya ke atas Utusan Malaysia berhubung artikel yang mengaitkannya menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim V T Singham berkata, akhbar harian itu tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab dan mempunyai niat terpesong terhadap ketua pembangkang itu.
Beliau berkata, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.


"Artikel berkenaan terpesong, tidak menggambarkan keadaan sebenar dan dipetik di luar konteks.

"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel itu) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," katanya dalam penghakimannya.

Januari lalu, Anwar menfailkan saman fitnah menuntut RM50 juta sebagai ganti rugi serta melarang Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu daripada terus menyiarkan kenyataan yang mengaitkannya dengan LGBT.


Terima kasih kerana membaca Anwar menang saman fitnah terhadap Utusan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan