Home » » Bahan letupan dipasang di leher tebusan

Bahan letupan dipasang di leher tebusan

Seorang tebusan yang terselamat menceritakan bahawa pekerja-pekerja yang ditahan pengganas sebagai tebusan di komplek pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria, dililitkan dengan bahan letupan di leher mereka dan diletakkan di dalam trak yang turut dipasang dengan bom.
Tebusan warga Filipina itu yang dikenali sebagai Ruben Andrada yang cedera dalam kejadian itu berkata, kumpulan militan itu melilitkan bahan letupan pada leher mangsa.
Perkara itu diceritakan oleh Edelyn Andrada, isteri Ruben dalam wawancara yang disiarkan oleh stesen radio Manila, DZMM, hari ini.
Menurut Edeleyn, suaminya baru berkerja beberapa hari di kompleks gas di In Amenas itu ketika kumpulan pengganas itu menawan kompleks itu.
"Menurut Ruben, kumpulan militan itu meletakkan bahan letupan pada lehera mangsa seperti rantai leher ketika tentera Algeria menggempur kompleks itu"
"Namun mereka bernasib baik kerana bom yang diletakkan di trak yang mereka naiki tidak meletup, tetapi bom yang diletakkan di sebuah lagi trak meletup dan menyebabkan beberapa orang maut," katanya.
Edelyn berkata, suaminya yang kini dirawat di sebuah hospital di Algeria akibat terkena tembakan, berkomunikasi dengannya menggunakan mesej.
Seorang lagi rakyat Filipina yang terselamat, Jojo Balmaceda turut menceritakan bagaimana dia terselamat dalam kejadian itu kepada televisyen tempatan, GMA.
"Saya dan tiga lagi rakan senegara diikat tangan dan dimasukkan ke dalam trak bersama tebusan dari Jepun dan Malaysia.
"Saya berjaya melarikan diri apabila trak itu meletup, tetapi kemudiannya pengsan dan setelah saya sedar, saya dapati saya berada di hospital," katanya dalam temu bual melalui telefon. - AFP


Terima kasih kerana membaca Bahan letupan dipasang di leher tebusan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan