Home » » Boleh ambil keputusan STAM bermula 10 pagi

Boleh ambil keputusan STAM bermula 10 pagi

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada 30 Januari ini. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama.

Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau
menghubungi Jabatan Pelajaran negeri tempat mereka mendaftar.

Seramai 8,822 calon menduduki STAM di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara, tahun lalu.

Mereka adalah 3,999 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 681
calon Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah
menengah swasta.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM
[angka giliran] dan hantar ke 15888 mulai 10 pagi, 30 Januari sehingga 11.59 malam, 5 Februari.


Terima kasih kerana membaca Boleh ambil keputusan STAM bermula 10 pagi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan