Home » » Enjin kacukan Evo III

Enjin kacukan Evo III

SEKALI imbas, mungkin tiada apa keistimewaan kenderaan ini kecuali selepas membuka bonetnya yang tampak padat apabila 'disumbat' enjin berkuasa turbo jenama Mitsubishi.
Padanan enjin Mitsubishi Evolution III itu turut 'dikacukkan' beberapa komponen lain untuk meningkatkan prestasinya dengan blok berkod 4G 63 berkapasiti 1.8 liter dan omboh kenderaan jenama Nissan SR20.
Bagi melengkapkan lagi kombinasi itu, pemiliknya memuatkan sistem pelepasan tekanan atau dikenali sebagai 'blow off' dan 'wastegate' serta menggunakan 'intercooler' berjenama ARC.

Tidak cukup dengan itu, komponen dalam enjin seperti sesondol menggunakan produk berjenama yang diakui dalam sukan permotoran iaitu HKS.

Jentera menggunakan transmisi manual itu dimantapkan dengan cekam plat klac berkembar Quarter Master untuk memberi kuasa tujahan padu setiap kali menukar gear.

Usaha pemiliknya, Mohd Razlan Mohd Yusuf berbaloi apabila kombinasi itu membuatkan Proton Satria keluaran tahun 2000 mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 380 kuasa kuda (hp).

Malah, kenderaan itu mampu memecut antara 240 hingga 260 km/j.

Selain enjin, saluran pembakaran ditingkatkan dengan menggunakan 'extractor' jenis 'hics banana' selain dipadankan paip lurus diameter tiga inci.

Bunyi garau yang keluar tabung ekzos lebih mantap lagi apabila menggunakan jenama Jasma dengan diameter empat inci, sekali gus memberi keseronokan untuk menekan pedal minyaknya.

Dari segi sistem keselamatannya, pemiliknya memilih brek Mitsubishi Evolution III di bahagian depan dan belakang selain menggunakan suspensi boleh laras Cusco.

Jentera itu tampak sedikit tegap apabila menggunakan rim K9 Racing diameter 17 inci dengan dibaluti tayar Falken Ziex Ze 912 bersaiz 205/40 R17.

Penampilan luarannya menerima kombinasi warna biru tiga dimensi (3D) dengan bahagian depan menggunakan komponen Mitsubishi Evolution III memberi wajah tampak sedikit garang.

Ketika menjengah ruang kabinnya, papan pemuka Mitsubishi Evolution III yang dipadankan tampak kemas, sekali gus memberi perbezaan berbanding model asalnya.

Padanan tempat duduk 'bucket' Sparco dengan menggunakan stereng jenama Momo Sport memberi nafas baru bagi Proton Satria berkenaan untuk tampak sporty.

Biarpun menelan belanja melebihi RM60,000, jentera itu ternyata memberi kepuasan kepada pemiliknya.


Spesifikasi Satria

SPESIFIKASI ASAL:
  • Model: Satria 1.3
  • Tahun: 2000
  • Enjin: 4G 13
  • Valve: 12

    MODIFIED SPEC ENJIN:
  • Jenis Enjin: 4G 63 (EVO 3)
  • Omboh: SR20
  • Blok: 4G63
  • Sesondol: HKS
  • Kabel Palam Pencucuh: Aero Speed

    KUASA:
  • Kuasa Kuda: 380 hp
  • Kelajuan maksimum: Antara 240 hingga 260 Km/j

    SISTEM EKZOS:
  • Ekstraktor: Hics Banana
  • Saluran paip: tiga inci
  • Tabung ekzos: Jasma empat inci

    SISTEM TRANSMISI / GEAR:
  • Klac: plat berkembar Quarter Master

    SISTEM BREK:
  • Depan: Mitsubishi Evolution III
  • Belakang: Mitsubishi Evolution III

    DALAMAN:
  • Papan Pemuka: Mitsubishi Evolution III
  • Stereng: Momo Sport
  • Kerusi: Sparco

    LUARAN:
  • Depan: Mitsubishi Evolution III
  • Belakang: Proton Satria Neo R3 tempahan khas
  • Spoiler: Mivec Cyborg-R
  • Warna: Blue Purple 3K


  • Terima kasih kerana membaca Enjin kacukan Evo III. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

    « Previous
    « Prev Post
    Next »
    Next Post »

    Tips Berkaitan



    0 Komen:

    Catat Ulasan