Home » » FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo

FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo

Kuala Lumpur: Hasrat Selangor dan Tentera yang ingin menyelesaikan insiden pergaduhan pemain ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu 'di luar' Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak direstui badan induk bola sepak negara.
"Bagaimanapun, terpulang kepada sekretariat untuk menilai keputusan seterusnya sebelum melakukan penilaian," kata pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak ketika dihubungi semalam.

Insiden pergaduhan itu menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua pasukan dengan saling tuduh menuduh - sama ada pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob, penyerang Red Giants, Afiq Azmi atau pemain Tentera, Shukor Adan - sebagai punca kejadian tegang itu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan mahu menyelesaikan masalah itu di luar jawatankuasa dan hasrat itu disambut baik Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, semalam.

Taufik berkata, beliau kini menunggu video rakaman perlawanan berkenaan daripada jawatankuasa pertandingan sebelum membuat penilaian sama ada insiden pergaduhan antara kedua-dua pemain pasukan itu boleh didakwa atau sebaliknya.


Terima kasih kerana membaca FAM tetap adili Selangor, Tentera, tak boleh lari ooo. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan