Home » » Ferguson tabik sumbangan Giggs

Ferguson tabik sumbangan Giggs

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson memuji Ryan Giggs selepas pemain tengah veteran itu membantu Manchester United menewaskan Chelsea, sekali gus memusnah impian Liga Juara-Juara mereka.
Giggs, 37, yang memainkan peranan besar ketika Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pertama di Stamford Bridge minggu lalu sekali lagi mencuri tumpuan di Old Trafford sewaktu United menewaskan Chelsea 2-1 untuk agregat keseluruhan 3-1.

Pemain veteran itu melakukan hantaran lintang buat Javier Hernandez yang menjaringkan gol pertama perlawanan sejurus sebelum rehat sebelum melakukan hantaran cantik ke belakang kepada Park Ji-Sung yang mematikan impian Chelsea untuk bangkit selepas Didier Drogba menyamakan kedudukan.
Ferguson menghamburkan pujian buat Giggs selepas sumbangannya yang membantu mereka mencipta kemenangan. Pemain Wales itu membuat penampilan pertama untuk skuad senior United sebagai pemain remaja, 20 tahun lalu.

"Sudah banyak kali kami memperkatakan mengenainya," kata Ferguson mengenai Giggs. "Dia amat hebat, unik sebagai individu mahupun pemain.

"Sumbangannya juga besar. Gol perlawanan pertama, gol di separuh masa pertama malam ini dan peranannya ketika gol kedua, menjelaskan segala-galanya.
Ferguson berkata Giggs mencapai semua itu kerana berjaya mengekalkan kekuatan fizikal dan mengimbangi badan dengan baik.

"Dia bertuah kerana mampu kekalkan fizikal tanpa perlu membawa berat badan berlebihan," kata Ferguson. "Dia juga mempunyai keseimbangan baik dan tidak pernah kehilangan kelebihan yang menjadi asetnya itu.
"Giggs pandai menjaga diri kerana dia perlu berbuat demikian. Untuk mendapatkan tahap kehebatan sepertinya pada usia 37 tahun, memerlukan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan." Dalam pada itu, Giggs merendah diri mengenai peranannya dengan mengatakan kunci utama perlawanan itu adalah kemampuan United bertindak balas dengan gol lawan, iaitu kurang seminit selepas Drogba menjaringkan gol penyamaan.


Terima kasih kerana membaca Ferguson tabik sumbangan Giggs. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan