Home » » Gelaran apek, ah soh mungkin diharam

Gelaran apek, ah soh mungkin diharam

BANDARAYA MELAKA - Gelaran yang mencerminkan perbezaan sesuatu bangsa seperti apek dan ah soh mungkin akan diharamkan penggunaannya oleh petugas jabatan dan agensi kerajaan negeri.Ini berikutan hasrat Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Datuk Mohammad Ahad membawa cadangan itu ke perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Mohammad, segelintir pihak, terutama pesara kerajaan, telah menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka apabila dipanggil dengan gelaran sebegini apabila berurusan rasmi, termasuk dengan bank.

Sehubungan itu, Mohammad berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd Ali bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak menggunakan gelaran sedemikian apabila berurusan.


Terima kasih kerana membaca Gelaran apek, ah soh mungkin diharam. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan