Home » » Gempar tong kimia tumpah

Gempar tong kimia tumpah

Shah Alam: Pengguna Lebuh Raya KESAS, berhampiran kilang PROTON, Shah Alam, gempar apabila tiga tong berisi bahan kimia berbahaya digunakan sebagai pengawet, tumpah dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam.

Berikutan itu, 23 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk 15 daripada unit HAZMAT Kuala Lumpur dan Shah Alam, dikejarkan ke lokasi bagi membersihkan tumpahan.
Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih sejam.


Komander Operasi, Mohd Fadil Husin, berkata anggota HAZMAT ditugaskan mengawasi proses menaikkan semula tong bahan kimia itu dan mengambil masa sejam membersihkan tumpahan.


Terima kasih kerana membaca Gempar tong kimia tumpah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan