Home » » “Juvana” Kutip RM1.7 Juta Selepas 4 Hari Di Pawagam

“Juvana” Kutip RM1.7 Juta Selepas 4 Hari Di Pawagam

Permulaan tahun yang bagus, filem ‘Juvana’ yang diangkat dari drama bersiri lakonan Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan juga Syafie Naswip ini telah berjaya mengutip RM1.7 juta selepas ditayangkan selama 4 hari di pawagam.
Filem arahan Faisal Ishak yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 24 Januari lalu menunjukkan perkembangan positif bagi tahun ini selepas  kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.
Menurut  penerbit filem, Kabir Bhatia, “Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton.”
Filem Juvana
Filem bergenre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.
Bagi anda yang masih belum menonton dan tidak tahu apakah cerita sebenar disebalik filem Juvana ini, cepat saksikannya di pawagam sekarang.


Terima kasih kerana membaca “Juvana” Kutip RM1.7 Juta Selepas 4 Hari Di Pawagam. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan