Home » » Microsoft runding beli Dell

Microsoft runding beli Dell

NEW YORK: Microsoft sedang berunding dengan syarikat ekuiti persendirian berhubung cadangan pembelian saham gergasi komputer Amerika Syarikat, Dell.

Wall Street Journal dan saluran berita kabel CNBC dalam laporannya yang memetik kenyataan sumber yang rapat dengan urus niaga itu, berkata Microsoft merancang untuk melabur antara AS$2 bilion hingga AS$3 bilion.
Dell bagaimana tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang tersebar sejak minggu lalu yang menyatakan pengeluar komputer terbesar itu, kini bersedia untuk menjadi syarikat persendirian.


Syarikat itu dikatakan sudah jatuh daripada kedudukan nombor satunya dalam pengeluar komputer dan bergelut untuk berubah menjadi peranti mudah alih.

Langkah yang akan mengeluarkan syarikat itu daripada senaraian di pasaran saham itu, dijangka mengurangkan sedikit tekanan terhadap Dell, yang mempunyai banyak aliran tunai tetapi keuntungannya pula menyusut.

Microsoft juga tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan AFP berhubung laporan berkenaan, yang mengatakan ia sedang berunding dengan syarikat ekuiti, Silver Lake Partners.

Saham Dell melanjutkan ralinya baru-baru ini, meningkat 2.4 peratus kepada AS$13.15. Laporan itu berkata urus niaga saham itu dijangkakan antara AS$13 dan AS$14.
Penganalisis Sterne Agee, Shaw Wu berkata urus niaga dalam julat harga itu adalah sesuatu yang mungkin berlaku, tetapi jika ia naik tinggi adalah sesuatu yang mustahil.

"Walaupun menjadikannya sebagai syarikat persendirian adalah tepat daripada tumpuan dan penelitian awam, kami tidak pasti ia mampu menambah baik kedudukan asas syarikat," katanya.

Beliau berkata, di sebalik usaha Dell untuk mempelbagaikan perniagaannya, kira-kira 70 peratus daripada perniagaannya terikat kepada komputer peribadi.

"Realitinya adalah persaingan yang semakin sengit daripada Lenovo, Asustek, Apple, Google, Acer, IBM, Hewlett-Packard, Samsung dan Cisco tidak dapat dihindarkan dengan menjadi syarikat persendirian," katanya


Terima kasih kerana membaca Microsoft runding beli Dell. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan