Home » » MUI minta kerajaan terus benarkan berkhatan bagi perempuan

MUI minta kerajaan terus benarkan berkhatan bagi perempuan

JAKARTA - Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta kerajaan negara ini terus membenarkan amalan berkhatan bagi perempuan kerana ia merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan."Islam menganjurkan umatnya, lelaki dan perempuan, supaya berkhatan," kata timbalan setiausaha agung MUI Amrisyah, seperti yang dipetik agensi berita Antara.MUI mengumumkan pendiriannya tentang perkara itu pada sidang akhbar di sini pada Isnin ketika Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) heboh berkempen untuk mengharamkan berkhatan bagi perempuan.
 
"MUI dan pertubuhan Islam lain di negara ini berpendirian tegas dalam menentang usaha mengharamkan berkhatan bagi perempuan," kata Amrisyah.Bulan lepas, PBB meluluskan resolusi menggesa 193 negara anggotanya menguatkuasakan pengharaman berkhatan bagi perempuan.
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkhatan boleh menyebabkan wanita mengalami masalah membuang air kecil, pendarahan teruk dan komplikasi ketika bersalin. - Bernama


Terima kasih kerana membaca MUI minta kerajaan terus benarkan berkhatan bagi perempuan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan