Home » » PBNJ boleh didenda RM2,000

PBNJ boleh didenda RM2,000

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda RM2,000 serta surat amaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan 'kecuaian' mereka tidak memainkan lagu Negaraku serta lagu negeri pasukan pelawat ketika Johor Darul Takzim bertemu Perak pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu.

Dalam insiden yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu, hanya lagu negeri Johor dimainkan ketika pemain kedua-dua pasukan berdiri sebelum perlawanan bermula tanpa disusuli lagu negeri Perak dan paling utama lagu Negaraku.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hukuman denda berkenaan akan dijatuhkan selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada pegawai perlawanan dan ia sememangnya mengikut peraturan sedia ada yang ditetapkan.



Kekal di Stadium Darul Aman

"Dalam peraturan kita, lagu Negaraku memang wajib dimainkan sebelum mana-mana perlawanan Liga Malaysia. Lagu negeri pula tidak wajib, tetapi jika lagu negeri salah satu pasukan ada dimainkan, maka lagu negeri pasukan lagi satu turut perlu dimainkan.

"Bagi kes ini, pihak tuan rumah tidak memainkan lagu Negaraku dan akan dikenakan denda RM1,000. Mereka juga hanya memainkan lagu negeri Johor, tetapi tidak memainkan sekali lagu negeri Perak, maka didenda lagi RM1,000.

"Jadi terdapat dua kesalahan di sini dan mereka akan didenda RM2,000 serta diberikan surat amaran kerana ia kesalahan kali pertama," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Mengenai kekecohan di laman sosial Facebook berhubung perlawanan pusingan kedua antara Kedah dan Johor Darul Takzim, 26 Februari depan dikatakan akan ditukar ke Larkin, Hamidin menafikannya dan berkata: "Perlawanan itu kekal di Stadium Darul Aman, Alor Setar seperti ditetapkan mengikut susunan ketika undian Piala FA."                               


Terima kasih kerana membaca PBNJ boleh didenda RM2,000. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan