Home » » Peluang Tok Gajah

Peluang Tok Gajah

PAHANG berpeluang melebarkan jurang selaku pendahulu Liga Super andai mampu mengambil kesempatan ke atas prestasi buruk Terengganu menjelang pertembungan di Stadium Darul Makmur, malam ini.Pengendalinya, Dollah Salleh dijangka bakal menurunkan barisan terkuat bagi memastikan tiga mata menjadi milik Tok Gajah.Sementara itu, di Stadium Lumut bakal berlangsung pertembungan Perak menentang Selangor.

Menarik mengenai Seladang dan Merah Kuning, kedua-duanya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing minggu lalu dan sudah pasti enggan keciciran mata lagi malam ini.

Di Kota Bharu, Kelantan bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan. Di atas kertas, kelebihan berpihak kepada anak buah Bojan Hodak berdasarkan rekod empat kemenangan dalam enam pertemuan terdahulu yang memihak kepada gergasi Pantai Timur itu.

Lain-lain perlawanan, PKNS menentang Johor Darul Takzim di Shah Alam, ATM bertemu Felda United di Paroi dan T-Team melayan kunjungan Lions XII pada perlawanan sebelah petang di Kuala Terengganu.


Terima kasih kerana membaca Peluang Tok Gajah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan