Home » » Proton Saga FLX terima tiga bintang, power gak saga ni ya

Proton Saga FLX terima tiga bintang, power gak saga ni ya

Kuala Lumpur: Kereta sedan keluarga paling popular Malaysia, Proton Saga FLX diberikan pengiktirafan tiga bintang oleh Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru) hasil keputusan ujian perlanggaran bahagian depan Asean NCAP pertama.Ia diumumkan semalam sempena Hari Terbuka Asean NCAP yang diadakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal perlanggaran Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Khamil Jamil berkata, kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi mengenai jenama Proton kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan pada harga berpatutan.
"Arah baru Proton untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.

"Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta Proton dan model Saga FLX adalah kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - Asean NCAP," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Proton Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri keselamatan tinggi, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.
Sejak diperkenalkan, Saga generasi baru sangat popular dan menerima pelbagai anugerah, termasuk memenangi anugerah seperti Kereta Sedan Kompak Nilai Terbaik NST dan Anugerah Sedan Kecil/Bersaiz Sederhana Terbaik Autocar Asean pada 2012.

Katanya, anugerah itu bukan hanya mengenai Proton, tetapi peranannya untuk meningkatkan lagi piawaian keselamatan industri kereta nasional.
"Sebagai syarikat kereta nasional, kami terus meningkatkan rangkaian produk kami untuk memenuhi keperluan pasaran hari ini dan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan dan badan-badan yang menyokong seperti MIROS," katanya.


Terima kasih kerana membaca Proton Saga FLX terima tiga bintang, power gak saga ni ya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan