Home » » Sasar syarikat gabungan EON, PROTON Edar disenarai 2015

Sasar syarikat gabungan EON, PROTON Edar disenarai 2015

DRB-HICOM Bhd meninjau kemungkinan menyenaraikan syarikat pengedaran PROTON Holdings Bhd, PROTON Edar Sdn Bhd dan EON Bhd. Langkah itu yang mungkin dilaksanakan seawal 2015 sejajar langkah konglomerat yang dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu untuk muncul sebagai pengeluar kereta terkemuka di rantau ini dan global. Ketua Pegawai Operasi Kewangan, Strategi dan Perancangan DRB-HICOM, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata pihaknya mempunyai rancangan menyenaraikan unit pengedaran kereta PROTON yang digabungkan itu.

Beliau menjelaskan, ia hanya boleh dilakukan apabila syarikat itu mencatatkan prestasi kukuh dan mewujudkan nilai yang tinggi.

Tumpu strategi tambah nilai unit

Justeru, katanya buat masa ini DRB-Hicom akan memberi tumpuan kepada strategi untuk menambah dan meningkatkan nilai unit pengedaran kereta PROTON berkenaan.

Jelasnya, DRB-HICOM baru saja menyelesaikan penggabungan kedua-dua unit pengedaran itu dua bulan lalu dan memerlukan masa untuk memantapkan operasinya.
"Buat masa ini kami akan menumpukan kepada usaha untuk memantapkan operasi syarikat berkenaan.

"Kami perlu menunggu masa yang sesuai bagi syarikat ini mencatatkan prestasi mantap di mana kumpulan boleh meraih manfaat daripada nilai diwujudkan," katanya ketika ditemui di program suai kenal DRB-Hicom bersama media di Johor Bahru, baru-baru ini.

Tinjau perkenal model baru

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata PROTON Holdings sedang meninjau memperkenalkan model kereta dalam segmen yang mana ia belum mempunyai kehadiran, iaitu segmen A dan kompak.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif PROTON Holdings berkata, pihaknya sedang giat meningkatkan lagi kualiti kereta PROTON, termasuk mengurangkan bilangan vendor pengeluar kereta nasional itu.

"Kami dalam proses merasionalisasikan bilangan vendor PROTON Holdings kepada jumlah yang munasabah. Kami memberi tempoh enam bulan untuk mereka meningkatkan kualiti produk masing-masing," katanya.


Terima kasih kerana membaca Sasar syarikat gabungan EON, PROTON Edar disenarai 2015. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan