Home » » Selangor dan ATM cuba selesai cara baik tapi camne?

Selangor dan ATM cuba selesai cara baik tapi camne?

Shah Alam: Ketegangan yang melanda Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan insiden pergaduhan pemain semakin reda apabila kedua-duanya dilihat ingin mencari jalan penyelesaian terbaik.Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya membuat pertimbangan sewajarnya dan melihat daripada beberapa sudut kesannya andai ia dipanjangkan kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

"Setakat ini saya boleh sahkan, FAS belum membuat sebarang aduan berhubung insiden itu. Kami mahu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Malah saya sudah mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan pemain terbabit hari ini (semalam) untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Insiden pergaduhan membabitkan pemain kedua-dua pasukan berlaku sejurus tamat penentuan sepakan penalti perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Sementara itu pengendali ATM, B Sathianathan yang juga pengurus pasukan berkata, beliau sudah menyerahkan dokumen kepada pengurusan persatuan bagi menjelaskan insiden terbabit.

"Kini terpulang kepada mereka untuk memanjangkan kepada FAM atau sebaliknya. Malah saya ingin tegaskan andai ada pemain ATM yang bersalah kami sedia mengambil tindakan," katanya yang turut berharap perkara terbabit tidak diperbesar-besarkan.


Terima kasih kerana membaca Selangor dan ATM cuba selesai cara baik tapi camne?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan