Home » » Tentera AS Cipta Pesawat Canggih, canggihnya

Tentera AS Cipta Pesawat Canggih, canggihnya

TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan.Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut.
 
Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang.Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat.Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros.Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2.
 
Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini.
Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan.
Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu.Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain.



Terima kasih kerana membaca Tentera AS Cipta Pesawat Canggih, canggihnya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan