Home » » Toyota catat jualan tertinggi

Toyota catat jualan tertinggi

UMW Toyota Motor, pengedar eksklusif jenama Toyota dan Lexus di Malaysia mencatat rekod jualan tertinggi tahun lalu. Presidennya, Datuk Ismet Suki, berkata syarikat menutup 2012 dengan rekod jualan tertingginya sebanyak 106,600 unit dengan 1,500 unit adalah daripada jualan model Lexus.
Beliau berkata, angka jualan itu mewakili penguasaan pasaran sebanyak 17 peratus di tengah-tengah persekitaran pasaran yang mencabar.

"Dua model utama kami dari segi jualan adalah Vios dan Hilux yang masing-masing mewakili 30 dan 27 peratus jualan keseluruhan tahun lalu.

Tahun mencabar

"Meskipun banyak produk dilancarkan tahun lalu, kami menjangkakan tahun ini akan menjadi satu lagi tahun yang mencabar kepada syarikat," katanya pada majlis meraikan media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada 2011, UMW Toyota Motor hanya menjual 86,951 unit model Toyota dan 1,711 unit model Lexus berikutan masalah gangguan rantaian bekalan susulan banjir di Thailand dan tsunami di Jepun.
UMW Toyota Motor mempunyai 92 cawangan jualan dan selepas jualan di seluruh negara.

UMW Toyota Motor menyasar menaik taraf hampir semua kemudahannya menjadi pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

Langkah itu bertujuan meningkatkan kemudahan jualan dan selepas jualan bagi menampung pertambahan jumlah kenderaan Toyota di negara ini.

Sementara itu, Ismet berkata, kerjasama antara syarikat itu dengan seluruh organisasi media perlu dipertingkatkan sebagai sebahagian inisiatifnya mengekalkan kepemimpinan pasarannya dalam industri automotif.

"Membina hubungan dengan anggota media sentiasa menjadi agenda penting dalam operasi UMW Toyota Motor.

"Kami sentiasa mengiktiraf kepentingan media sebagai penghubung kepada orang awam dan pelanggan. UMW Toyota menghargai sokongan dan sumbangan media untuk memastikan pelanggan dan orang awam mendapat maklumat secukupnya ke atas tawaran produk, perkhidmatan serta aktiviti berkaitan kemasyarakatan kami," katanya.

Syarikat automotif utama

Beliau menambah, perjalanan ke arah mencapai kejayaan adalah sukar, namun dengan sokongan berterusan daripada media yang mempromosi serta menyampaikan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan mesej korporat daripada syarikat itu kepada orang awam menjadikannya segala-galanya lebih mudah untuknya menjadi antara syarikat automotif utama di negara ini.

"Dengan pelaburan yang sedang dirancang, UMW Toyota Motor komited menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada pelanggan dan menjangka mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama bukan nasional utama di negara ini," katanya.


Terima kasih kerana membaca Toyota catat jualan tertinggi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan