Home » » Bayi ‘Caesarian’ mudah sakit kerana alahan, kenapa?

Bayi ‘Caesarian’ mudah sakit kerana alahan, kenapa?

Washington: Bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarian adalah lima kali ganda lebih mudah jatuh sakit kerana alahan sehingga usia mereka dua tahun, menurut kajian baru.

"Ini menyokong hipotesis kebersihan bahawa pendedahan awal kanak-kanak kepada organisme mikro menjejaskan perkembangan sistem imun dan memudahkannya uzur kerana alahan," kata Christine Cole Johnson, ketua Jabatan Sains Kesihatan Henry Ford, yang mengetuai kajian.
"Kami percaya pendedahan bayi kepada bakteria dalam saluran kelahiran memberi pengaruh besar terhadap sistem imun," tambah Johnson, menurut kenyataan Henry Ford.


Johnson berkata, bayi dilahirkan menerusi C-section (Caesarian) mempunyai satu corak bakteria 'berisiko' dalam usus yang mungkin menjadikan mereka lebih mudah menghasilkan antibodi Immunoglobulin E, atau IgE, apabila terdedah kepada alergen.

IgE dikaitkan dengan perkembangan alahan dan asma.

Untuk kajian itu, penyelidik Henry Ford berusaha menilai peranan pendedahan awal terhadap alergen dan bagaimana pendedahan itu memberi kaitan antara C-section dan penghasilan IgE.


Terima kasih kerana membaca Bayi ‘Caesarian’ mudah sakit kerana alahan, kenapa?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan