Home » » Keluarga bertakwa sama-sama kecapi kebahagiaan

Keluarga bertakwa sama-sama kecapi kebahagiaan

Daripada Sahal bin Saad, Rasulullah SAW bersabda: "Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama 100 tahun." (Riwayat Muslim)

Allah berfirman bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imraan, ayat 133)
Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya ialah orang yang bertakwa. Alangkah bahagianya jika kita dapat membimbing diri, anak dan isteri kepada cara hidup yang diredai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka.

Syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat"

Kebahagiaan dunia, akhirat

Sebuah keluarga yang bertakwa bukan saja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.

Firman Allah SWT: "Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang yang mengerjakan amal soleh daripada ibu bapa mereka dan isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat pula akan masuk kepada mereka dari setiap pintu." (Surah ar-Ra'd, ayat 23)


Terima kasih kerana membaca Keluarga bertakwa sama-sama kecapi kebahagiaan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan