Home » » Melaka bakal miliki Jurassic Park pertama di Asia

Melaka bakal miliki Jurassic Park pertama di Asia

MELAKA - Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.
   
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.
   
Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.
   
"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, hari ini.
   
Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.
   
Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.
   
Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta


Terima kasih kerana membaca Melaka bakal miliki Jurassic Park pertama di Asia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan