Home » » SPA: Graduan kelas pertama diberi keutamaan

SPA: Graduan kelas pertama diberi keutamaan

BAGAN DATOH - Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA), Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata, lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Sekiranya tidak mahu berkhidmat dalam sektor awam, mereka dibenarkan bekerja di sektor swasta melalui pengurusan Talent Corporation Malaysia Berhad, katanya.

Katanya, setakat ini seramai 100 lulusan cemerlang dari pusat pengajian tinggi luar negara ditawarkan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Beliau berkata, perkhidmatan sektor awam di negara ini tidak banyak kekosongan kerana umur pesaraan telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun dan ini sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang bersara.

"Berikutan itu, mereka yang ingin bekerja di sektor awam hanya untuk jawatan baru yang ditawarkan sahaja bukannya untuk mengisi kekosongan penjawat awam yang telah bersara," katanya


Terima kasih kerana membaca SPA: Graduan kelas pertama diberi keutamaan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan