Home » » Johor DT cari pasal! Penyokong kalahkan penyokong kelantan

Johor DT cari pasal! Penyokong kalahkan penyokong kelantan

Kuala Lumpur: Johor Darul Takzim (DT) mungkin terpaksa membayar harga mahal untuk berada di persada Liga Super - terima kasih kepada segelintir penyokongnya yang terlalu ghairah hingga mengabaikan aspek keselamatan.
Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin, permainan terpaksa dihentikan kira-kira lima minit gara-gara kepulan asap memenuhi padang berikutan tindakan penyokong tuan rumah menyalakan suar dan membakar mercun.

Peruntukan peraturan sudah ada dan tambahan pula dengan siaran langsung, insiden sebegini boleh mengundang tindakan daripada jawatankuasa tatatertib. Mereka perlu mengambil iktibar daripada negeri lain yang sudah didenda FAM," Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM
Tindakan penyokong Harimau Selatan itu bagi meraikan jaringan penyamaan Kamarul Afiq Kamaruddin pada minit ke-83 selepas mereka ketinggalan 0-1 sebelum jaringan Nurul Azwan Roya memastikan kemenangan menjadi milik skuad bimbingan Fandi Ahmad itu pada minit akhir perlawanan.

FAM minta peminat disiplin

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menyeru peminat bola sepak tempatan supaya lebih berdisiplin dan mengelak daripada melakukan perkara yang mampu mengundang masalah kepada pasukan masing-masing.

"Saya mohon penonton jangan terlalu ghairah sehingga terbabit dalam perkara tidak diingini," kata Azzuddin ketika diminta mengulas mengenai insiden di Stadium Larkin kelmarin.
"Peruntukan peraturan sudah ada dan tambahan pula dengan siaran langsung, insiden sebegini boleh mengundang tindakan daripada jawatankuasa tatatertib. Mereka perlu mengambil iktibar daripada negeri lain yang sudah didenda FAM."

PBNJ mungkin kehilangan presiden

Selain insiden berkenaan, Johor DT ada beberapa kes lain yang masih dalam pemantauan FAM antaranya tindakan penyokong merampas kain rentang daripada anggota keselamatan ketika perlawanan menentang FELDA United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya 22 Februari lalu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga mungkin kehilangan presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya orang kuat Johor DT itu dikenakan hukuman penggantungan kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia sebelum ini.

Sebelum ini, Johor DT berdepan hukuman denda RM3,000 gara-gara 'kecuaian' mereka tidak memainkan lagu Negaraku serta lagu negeri pasukan pelawat ketika Johor Darul Takzim bertemu Perak pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 26 Januari lalu.

Tahun ini saja, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) masing-masing dikenakan denda RM62,500 dan RM50,000 akibat salah laku penyokong.

"Tidak salah memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing, tetapi sikap negatif sebegini akan membunuh semangat kesukanan selain memberikan imej buruk kepada Liga Malaysia," kata Azzuddin.


Terima kasih kerana membaca Johor DT cari pasal! Penyokong kalahkan penyokong kelantan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan