Home » » Advertorial - Spa untuk Muslimah

Advertorial - Spa untuk Muslimah

Ruang yang selesa di De Daun Spa Saloon & Gym yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
SESEKALI dapat memanjakan diri di spa dan pusat rawatan kecantikan pasti memberi keselesaan kepada diri.Tambahan pula, kini pelbagai pakej menarik dan harga yang berpatutan ditawarkan di spa yang sentiasa mementingkan keselesaan kepada pelanggannya.

Pemilik De Daun Spa Saloon & Gym, Siti Noorul Ainee Mohd. Yusoff berkata, spanya yang dikhususkan untuk Muslimah menyediakan ruang selesa dengan konsep moden kontemporari dan Bali.
“Seiring memenuhi kehendak pelanggan Muslimah yang ingin memanjakan diri di spa, dan pada masa yang sama masih mengekalkan syariat Islam, ternyata spa ini sesuai untuk mereka.
“Tambahan, pembukaan spa ini pada tahun 2010 juga salah satu tanggungjawab sosial dan fardu kifayah untuk umat Islam di Malaysia," katanya.
Tambahnya, terdapat pelbagai pakej rawatan menarik dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan kepada pelanggan.

“Rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki disediakan kepada pelanggan antaranya rawatan muka, urutan badan, pakej seluruh badan , rawatan rambut, pedicure dan medicure berserta waxing.
“Harga yang ditawarkan di sini adalah serendah RM20 dan semua golongan mampu berkunjung dan merasai layanan di sini," kata Siti Noorul Ainee.
Ujarnya lagi, spa yang menggunakan bahan semulajadi untuk rawatan pupur kulit dan produk dari Bio Pearl untuk rawatan muka menyediakan ruang yang selesa dan nyaman kepada pelanggannya.
“Terdapat ruang selesa kepada pelanggan untuk melakukan urutan, sauna, jakuzi dan salon untuk rawatan rambut.

“Selain itu, sebuah gymnasium turut disediakan di ruang khusus yang dibuka kepada pengunjung setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas senam tari di sini, kami menggunakan khidmat tenaga pengajar mahir dari Kementerian Belia dan Sukan," katanya.
Pelanggan yang berminat mendapatkan rawatan di sini boleh berkunjung di No 42-1, Equine 9b, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor atau terus hubungi 014-2390749.


Terima kasih kerana membaca Advertorial - Spa untuk Muslimah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan