Home » » Pain & Gain - hebat sangatkah citer ni?

Pain & Gain - hebat sangatkah citer ni?

LOS ANGELES - Filem aksi komedi, Pain & Gain merampas kedudukan carta filem pecah panggung di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, lapor industri perfileman kelmarin.Filem yang dibintangi aktor Mark Wahlberg dan Dwayne Johnson itu mengaut kutipan tiket sebanyak AS$20 juta (RM60.7 juta) semasa tayangan sulungnya.Agensi yang mengumpul jumlah kutipan tiket, Exhibitor Relations berkata, Pain & Gain berjaya mengenepikan filem sains fiksyen, Oblivion di tempat kedua dengan memperoleh AS$17.4 juta (RM52.8 juta).

Berada di tempat ketiga adalah filem biopik, 42 yang meraih kutipan tiket sebanyak AS$10.7 juta (RM32.5 juta).Filem baharu, The Big Wedding yang membariskan pelakon Robert De Niro, Katherine Heigl, Diane Keaton dan Robin Williams menduduki tempat keempat dengan kutipan AS$7.5 juta (RM22.7 juta).
Sementara itu, filem animasi The Croods pula berada di tempat kelima selepas mengumpul AS$6.6 juta (RM20 juta).



Terima kasih kerana membaca Pain & Gain - hebat sangatkah citer ni?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan