Home » » Remaja 'gila' kereta

Remaja 'gila' kereta

MODIFIKASI kereta sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan remaja terutama bagi mereka yang suka melihat kereta yang digunakan seharian tampak cantik, selesa dan sporty.
Modifikasi kereta boleh dikatakan perkara yang wajib dilakukan apabila mereka mempunyai kereta tidak kira perubahan kecil mahupun yang ekstrem.

Jika dahulu ia sering dikaitkan dengan remaja lelaki tetapi, kini golongan wanita juga sudah mula mengorak langkah terlibat dalam hobi modifikasi kenderaan.
Jangan terkejut jika ada di antara kenderaan milik perempuan boleh memenangi pertandingan autoshow mengalahkan ramai peserta lelaki dalam sesuatu kategori.
Proses melakukan modifikasi ini bukan sahaja mencecah puluhan ribu ringgit bahkan, melebihi nilai asal kenderaan berkenaan.

Semuanya untuk kepuasan diri sendiri dan minat. Bagi yang menginginkan kelajuan mereka akan memilih modifikasi bahagian enjin manakala mereka yang ingin kereta kelihatan cantik akan memilih untuk modifikasi luaran dan dalaman.
Ruangan Fokus kali ini menampilkan peminat kenderaan yang telah berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk hobi mereka ini.

Namun perlu diingatkan, setiap modifikasi perlu melalui proses penilaian pihak berkuasa agar modifikasi itu selamat untuk pengguna di jalan raya.
Mari kita tinjau gelagat remaja yang gemar modifikasi kenderaan dengan lebih dekat lagi


Terima kasih kerana membaca Remaja 'gila' kereta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan