Home » » Cara cek di pintas dan di tunaikan

Cara cek di pintas dan di tunaikan

Georgetown: Satu sindiket pintasan cek yang dipercayai mengaut keuntungan lebih RM1 juta sejak beroperasi dua tahun lalu, berjaya dilumpuhkan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini, malam kelmarin. Dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pada jam 11.30 malam itu, dua lelaki berumur 30 hingga 35 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu berjaya ditahan.

 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kegiatan yang dilakukan secara terancang itu menggunakan modus operandi mencuri cek di peti surat tidak berkunci di premis pejabat selain mengambil surat yang mempunyai kad juruwang automatik (ATM) dan kad kredit.


Katanya, cek yang dicuri itu akan dipinda dengan cara mengikis menggunakan mata pisau dan menggunakan pita pelekat untuk menanggalkan nombor siri pada permukaan cek berkenaan.

Cek berkenaan kemudian ditumpangkan ke akaun rakan suspek bagi membolehkan cek itu ditunaikan. Sebagai imbuhan, pemilik akaun akan diberikan komisyen 30 peratus di atas setiap cek yang ditunaikan itu,


Terima kasih kerana membaca Cara cek di pintas dan di tunaikan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. perghh.. macam-macam sekarang nih...

    BalasPadam
  2. cek pun boleh pintas ni.. masib baik tak guna cek2 nih

    BalasPadam