Home » » Jaga-jaga ganjaran rm1000 utk bagi info penyokong liar

Jaga-jaga ganjaran rm1000 utk bagi info penyokong liar

FAM sedia ganjaran elak kecoh aksi akhir Piala FA

Kelana Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang cuba menimbulkan kekecohan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata selain ganjaran itu, FAM turut memperkenalkan dua lagi inisiatif untuk mengawal penyokong pada perlawanan akhir itu.

Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket 'istimewa' yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan," Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA

"Dua inisiatif itu ialah memilih 200 penyokong masing-masing 100 dari Kelantan dan Johor DT untuk ditempatkan di lokasi tertentu bagi memantau aktiviti penyokong lain serta memperkenalkan tiket 'istimewa' yang boleh diimbas untuk mengesan tahap ketulenan," katanya selepas mesyuarat dengan wakil pasukan di Wisma FAM, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, badan induk itu memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan Johor (DT) bagi perlawanan akhir itu.

Maksimum 4 tiket

"Baki 27,000 lagi tiket akan dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi," katanya.
Beliau berkata, pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan dilakukan pada 24 Jun ini dan mereka boleh menjual di negeri masing-masing keesokannya.

"Setiap penyokong hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket berharga RM40 setiap satu bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun," katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bagi memudahkan laluan trafik, penyokong Kelantan yang menaiki bas atau memandu kereta dinasihatkan meletakkan kenderaan mereka berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil, parkir A dan B Stadium Nasional.

"Bagi penyokong Johor DT, semua bas dan kereta haruslah diletakkan di parkir E dan Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil," katanya.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Wira Salleh Mat Rasid, berkata seramai 1,500 anggota polis dan 500 anggota RELA akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan pada malam perlawanan itu


Terima kasih kerana membaca Jaga-jaga ganjaran rm1000 utk bagi info penyokong liar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan