Home » » JAIS siasat markas Syiah di Klang

JAIS siasat markas Syiah di Klang

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan kumpulan dipercayai pengikut fahaman Syiah yang bergerak aktif mengamalkan ajaran mereka di sebuah markas di Klang. Penolong Pengarah (Syariah, Perundangan dan Kesalahan) Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya sudah mengesan dan meneliti klip video membabitkan amalan kumpulan terbabit.
Katanya, tindakan susulan akan diambil berhubung perkara berkenaan terutama selepas Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang yang dimuat naik menerusi laman sosial YouTube.


Tindakan tegas akan diambil jika hasil siasatan mendapati wujud cubaan menyebarkan fahaman Syiah, termasuk kegiatan mengedar risalah jemputan menghadiri majlis mereka dengan tujuan merekrut ahli baru, katanya ketika dihubungi, semalam.

Klip video yang mula tersebar termasuk selepas dimuat naik menerusi oleh beberapa individu dalam laman Facebook, memaparkan cara kumpulan itu melaungkan iqamah, mengangkat takbir, cara bersalam dan selawat yang nyata berbeza dengan kebiasaan dilakukan pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah


Terima kasih kerana membaca JAIS siasat markas Syiah di Klang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. sebelum lebih ramai pengikut, elok sangat ambil tindakan segera dan dedahkan kumpulan ni pada awam supaya tak terlibat.

    BalasPadam
  2. iya betul, nampak macam dah menular benda ni kat Malaysia.

    p/s: tq encik denaihati sbb singgah kat blog ni.

    BalasPadam