Home » » KAFA tak kecil hati tiada insentif tangkap penyokong

KAFA tak kecil hati tiada insentif tangkap penyokong

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berkecil hati dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membatalkan pemberian insentif RM1,000 kepada penyokong yang berjaya menangkap individu cuba menimbulkan kekecohan pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Idea bernas yang sudah terbukti berkesan ketika aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu diusulkan KAFA pada mesyuarat pengelola perlawanan akhir sebelum ini dan mendapat persetujuan daripada FAM dan Johor Darul Takzim.
 
Pemberian insentif itu pada mulanya diluluskan, tetapi ditarik balik Jumaat lalu oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini membabitkan penyokong The Red Warriors dan Harimau Selatan.


Kami tiada masalah

"Memang ia sudah dipersetujui tetapi kalau FAM mempunyai sebab tersendiri, kami hanya terima keputusan itu. Kita tidak ada masalah dalam soal ini dan terpulang kepada FAM untuk melaksanakannya atau tidak.

"Mungkin ada sebab tertentu FAM mengambil keputusan itu dan saya harap tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika perlawanan itu nanti," kata Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim (gambar), semalam.

Azman berkata, keputusan FAM untuk memilih 200 marshal yang terdiri daripada 100 penyokong dari Kelantan dan Johor DT sudah memadai untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar


Terima kasih kerana membaca KAFA tak kecil hati tiada insentif tangkap penyokong . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Emm tak yah nak terasa hati..hehe..anggap jer tak ada rezeki..boleh gitu?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi pendapat aku le Hafizulkan, tak best le kalau kena tangkap, tak hapenning kan.

      Padam