Home » » Kejutan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada majlis anugerah Tribute P. Ramlee

Kejutan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada majlis anugerah Tribute P. Ramlee

DIA seperti bermimpi. Tetapi yang indahnya ialah, mimpinya kini menjadi realiti. Sungguh, bukan calang-calang nama yang diketepikan pelakon berumur 24 tahun ini untuk diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada majlis anugerah Tribute P. Ramlee yang julung kali diadakan, Jumaat lalu.
Ketika namanya diumumkan sebagai lima calon akhir yang turut didominasi empat lagi pelakon hebat lain seperti Abu Bakar Juah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan dan Zamarul Hisham dia bagaikan tidak percaya lakonannya didalam drama Miang Buluh Keladi Birah benar-benar berkesan.

Mencetuskan kejutan tersendiri, Hanis Kamal Bakar, atau nama sebenarnya Mohamad Hanis Kamaruldzaman memberitahu ini merupakan momen paling bersejarah buat dirinya.
Sungguhpun sudah memenangi tiga anugerah di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 , 2010 dan yang terbaru di anugerah Tribute P.Ramlee, bagi Hanis ini bukan masanya lagi untuk dia mendabik dada bangga.
"Ketika dijemput hadir ke di Anugerah Tribute P. Ramlee, saya hanya mengetahui nama saya dicalonkan didalam kategori itu dengan 13 lagi pelakon lain.

"Saya hanya tahu nama saya tersenarai didalam lima calon akhir apabila diumumkan.
"Namun saya langsung tidak menyangka untuk membawa pulang anugerah ini, setelah melihat senarai empat pelakon lain," kata pelakon yang sudah memulakan langkah dalam industri ini sejak berumur 5 tahun.
Menceritakan kembali sejarah penglibatannya pada dunia lakonan, semuanya bermula apabila Hanis sering menemani ayahnya yang juga seorang pelakon ke set penggambaran. Sungguhpun kerjaya lakonan ini sudah bermula sejak belasan tahun lalu, bagi Hanis masih banyak yang perlu dipelajarinya.
"Sewaktu mahu memasuki industri ini dahulu. Ayah juga agak ragu-ragu dengan keputusan saya.
"Bagaimanapun setelah memenangi anugerah, terutamanya pada Anugerah Tribute P. Ramlee ini, ia memberikan jawapan kepada saya untuk benar-benar bekerja keras dan serius dengan kerjaya ini," katanya tersenyum puas.
Ditanya sama ada kemenangan ini membenarkan tanggapan bahawa kedudukannya kini sudah sama hebat dengan pesaing lain yang turut merebut anugerah yang sama, bagi Hanis itu bukan persoalan yang harus dimainkan.
"Sungguhpun malam ini rezeki saya, tetapi saya tetap mahu memberitahu kesemua pelakon yang dicalonkan tadi merupakan idola saya.
"Malah sehingga kini juga saya bagaikan tidak percaya dengan kemenangan ini kerana pengalaman lakonan mereka sebenarnya jauh lebih bagus daripada saya.
"Saya mahu peminat melihat penganugerahan ini lebih kepada pemangkin semangat untuk saya berkarya pada masa hadapan. Saya juga secara jujurnya mahu suatu hari nanti berada di kedudukan mereka," katanya.

Tiada tekanan
Jika sesetengah artis menganggap pengiktirafan yang diterima sebagai satu tekanan, Hanis mempunyai definasi tersendiri mengenai anugerah yang diterimanya kali ini. Tidak pernah menganggap ini semua sebagai satu bebanan, lelaki ini percaya sudah sampai masanya dia perlu membuktikan sesuatu.
"Saya tidak menganggap kemenangan ini sebagai satu tekanan. Sehingga ke saat ini saya berlakon bukan sekadar mahu mencari pengiktirafan, tetapi lebih kepada kepuasan diri.
"Tetapi tidak dinafikan saya berasa lebih gusar apabila selepas ini peminat akan lebih kerap membuat perbandingan dengan pelakon hebat lain. Bukan gentar dengan perbandingan tetapi saya lebih selesa sekiranya mempunyai karakter sendiri tanpa mengikut gaya lakonan orang," katanya jujur.
Mengakui di dalam menyelami kebolehan ilmu lakonan yang selama ini dia sendiri juga sukar untuk menilai, Hanis pernah membuat keputusan untuk menerima watak yang lebih mencabar. Jika sebelum ini dia banyak ditawarkan watak air mata, namun kebelakangan ini watak antagonis pula sering menjadi pilihan.
"Awal kemunculan, ramai sebenar lebih mengenali saya melalui watak-watak tertindas yang memerlukan bermain dengan emosi.

"Namun setelah sekian lama, saya mula mencorak perubahan lakonan dengan mencuba watak-watak antagonis yang dilihat mampu membentuk pengalaman berbeza. Dan hasilnya kini saya dapat lihat sendiri, ia benar-benar membantu," katanya.

Ditanya pendapat jujur dari dirinya mengenai pendapat umum, dia bakal menjadi penyambung legasi pelakon lelaki terbaik di negara ini, bagi Hanis bukan itu tujuan utamanya menjadi pelakon. Tetapi dia sedar tanggungjawab yang digalas sebagai pelakon bukan semudah yang disangka.
"Jika ada yang beranggapan berlakon sekadar satu kerjaya, itu mungkin pada mereka dan bukan saya. Ini kerana saya percaya karier ini datang dengan tanggungjawab tersendiri.

"Bukan sekadar kepada peminat didalam memberikan lakonan yang mantap, tetapi kepada industri ini juga yang saya percaya kita mahukan sesuatu yang berbeza pada masa hadapan," katanya.
Merupakan anak sulung dari lima adik beradik, menurut Hanis kesungguhan yang ditunjukkan kepada ibu bapanya menyebabkan dia mahu menjadikan industri ini sebagai kerjaya tetap. Tidak mahu melihat kebelakang lagi, fokusnya adalah untuk memberi yang terbaik.
'Kesemua adik-adik saya juga berada didalam industri yang sama, mungkin darah yang mengalir dalam diri kami lebih kearah ini.

"Sungguhpun kemenangan ini lebih bermakna buat ayah saya, namun saya percaya dia tidak pernah mahu saya melupai satu perkara mengenai lakonan iaitu ia adalah satu proses pembelajaran yang berterusan," katanya.



Terima kasih kerana membaca Kejutan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada majlis anugerah Tribute P. Ramlee. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. lahhh menang pun tekanan lagi?haha

    BalasPadam
  2. tekanan nak buat lagi bagus tu kot

    BalasPadam