Home » » Kesan geng pengiring sosial tipu di Facebook

Kesan geng pengiring sosial tipu di Facebook

Kuala Lumpur: Bukit Aman mengesan kegiatan sindiket penipuan menerusi tujuh laman sosial Facebook dan blog yang menawarkan khidmat seks dan pengiring sosial untuk bercuti ke luar negara.

Laman berkenaan menyiarkan pelbagai gambar aksi lucah gadis muda dalam keadaan mengiurkan serta mempamerkan gambar kumpulan gadis tempatan yang dirakam dan disiarkan menerusi Facebook dan blog.
 
Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata kebanyakan gambar yang dipaparkan dipercayai gadis muda dari Sabah.


Katanya, antara khidmat yang ditawarkan termasuk sebagai pengiring sosial golongan kenamaan yang mahu bercuti ke luar negara.

"Selain itu, terdapat juga blog yang menawarkan pengiring sosial kepada pelancong asing yang mahu berkunjung ke negara ini.

Sasar lelaki

"Modus operandi sindiket itu menyasar lelaki yang malu berkunjung ke 'rumah seks' sebaliknya boleh mendapatkan perkhidmatan yang sama menerusi laman sosial," katanya kepada BH, semalam.
Abdul Jalil berkata, biasanya sindiket pelacuran di negara ini tidak menggunakan internet mempromosi kegiatan mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu katanya, pihaknya percaya laman sosial berkenaan didalangi sindiket penipuan.

Wartawan BH cuba mendapatkan perkhidmatan pengiring sosial menerusi salah satu Facebook itu dan mendapati laman terbabit menggunakan taktik menuntut wang deposit RM150 yang perlu dimasukkan menerusi satu nombor akaun bank.

Bagaimanapun selepas wang dimasukkan, tiada sebarang maklum balas selanjutnya daripada sindiket berkenaan.

Jual wanita Syria

Selain itu katanya, pihaknya juga menerima maklumat berhubung kegiatan menjual wanita Syria dijadikan isteri kepada rakyat Malaysia disebarkan menerusi Facebook.

Katanya, pihaknya percaya kegiatan terbabit didalangi sindiket penipuan, tetapi akan menjalankan siasatan jika terdapat maklumat berkaitan pemerdagangan manusia menerusi laman sosial berkenaan.

Wartawan BH berjaya menghubungi seorang lelaki dikenali ustaz Azizul yang dipercayai orang perantara bagi mendapatkan wanita Syria berkenaan.

Lelaki itu kemudian menuntut deposit RM150 sebagai pendahuluan namun selepas beberapa soalan diajukan, beliau terus mematikan talian.

Kegiatan menjual wanita Syria dengan harga serendah RM800 itu mula tersebar menerusi Facebook sejak kelmarin, dipercayai daripada pelajar Malaysia di Mesir.


Terima kasih kerana membaca Kesan geng pengiring sosial tipu di Facebook . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan