Home » » Man of Steel kuasai pecah panggung

Man of Steel kuasai pecah panggung

Filem Man of Steel lakonan Henry Cavill, Amy Adams, Russell Crowe dan Kevin Costner mengaut RM352.6 juta untuk menghuni kedudukan pertama carta filem pecah panggung.

Judul terbaru dalam siri filem Superman itu bukan saja menguasai pasaran Amerika Syarikat, malah ia turut mendapat sokongan peminat di seluruh dunia, hujung minggu lalu.
Filem yang diberikan nafas baru itu memecahkan rekod tayangan pada Jun, dengan pungutan pembukaan sekitar RM390 juta (RM352 juta pada hujung minggu dan RM37.4 juta daripada tayangan malam Khamis).


Ia berjaya mengetepikan saingan filem yang dibintangi ramai pelakon ternama, This is the End, yang sekadar memungut RM64 juta. Filem terbabit dibintangi James Franco, Jonah Hill dan Seth Rogen.

Filem lain yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 10 teratas ialah Now You See Me, Fast & Furious, The Purge, The Internship, Epic, Star Trek Into Darkness, After Earth dan Iron Man 3.


Terima kasih kerana membaca Man of Steel kuasai pecah panggung. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan