Home » » Piala Konfederasi di bantah

Piala Konfederasi di bantah

SAO PAULO: Kira-kira 10,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya di bandar utara di Brazil bagi membantah pembiayaan mencecah puluhan bilion untuk mengadakan Piala Konfederasi serta kos yang meningkat bagi pengangkutan awam.

Polis berkata, di sebelah malam di Brasilia, lebih 200 remaja mengadakan tunjuk perasaan dan memecah masuk menerusi bumbung ke Dewan Kongres.
Polis terpaksa dikerah di kawasan berkenaan untuk melindungi Dewan Kongres.


Di Sao Paulo, bandar raya perniagaan Brazil dan kawasan paling padat penduduk, dianggarkan lebih 30,000 orang berarak menuju ke Paulista Avenue, namun setakat ini belum tercetus sebarang keganasan.

"Saya datang kerana saya mahu Brazil (rakyat) supaya sedar. Saya bukan saya protes kerana kadar tambang pengangkutan awam yang tinggi, tapi kerana kekurangan dari segi pendidikan dan kesihatan," kata seorang pemuda berusia 20 tahun dikenali sebagai Diyo Coelho.

Polis berkata, kira-kira 6,000 penunjuk perasaan berkumpulan di tengah Bandaraya Rio.

Tunjuk perasaan juga tercetus di Belo Horizonte, Fortaleza, Salvador dan beberapa bandar lain.
"Saya di sini bukan saja untuk menunjukkan bahawa Brazil segala-galanya mengenai bola sepak dan berkeraian.

"Kami di sini untuk menunjukkan keprihatinan bahawa kini terdapat kekurangan pembiayaan untuk perkara yang lebih penting seperti kesihatan dan pendidikan," kata Daiana Venancio, 24, seorang peguam di Rio.

Awal hari ini, Menteri Sukan Brazil, Aldo Rebelo memberi amaran pihak berkuasa tidak akan membenarkan penunjuk perasaan menjejaskan kejohanan bola sepak yang Brazil menjadi tuan rumah ketika ini iaitu Piala Konfederasi dan Piala Dunia tahun depan


Terima kasih kerana membaca Piala Konfederasi di bantah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan