Home » » Sedut udara tercemar lahir anak autisme

Sedut udara tercemar lahir anak autisme

New York: Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami autisme, kata satu kajian di Amerika.

Pakar di Universiti Harvard yang menjalankan kajian itu menyatakan ia adalah yang pertama dilakukan secara besar-besaran bagi melihat hubung kait antara masalah pencemaran dengan kecacatan mental. Hasil kajian diterbitkan jurnal Environmental Health Perspectives, edisi terbaru.
Hasil penemuan daripada kajian kami mencetuskan rasa bimbang. Bergantung kepada paras pencemaran, 20 hingga 60 peratus wanita yang menjadi responden di dalam kajian ini tinggal di kawasan berisiko, kata ketua penulis kajian, Andrea Roberts yang juga penyelidik bersekutu Sekolah Perubatan Jabatan Kesihatan Umum dan Sains Sosial Harvard.


Beliau berkata, data diperoleh hasil kajian membabitkan 116,430 jururawat sejak 1989.

Untuk menganalisis data, penyelidik mengasingkan 325 wanita yang mempunyai anak autisme dan 22,000 wanita yang mempunyai anak tanpa kecacatan itu.

Bagi menganggarkan kadar pencemaran ketika hamil, kami menggunakan data pencemaran daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan membuat pengubahsuaian berasaskan beberapa faktor lain termasuk pendapatan, pendidikan dan tabiat merokok ketika hamil, katanya.

Roberts berkata, analisis mendapati wanita yang tinggal di kawasan dengan paras tinggi zarah diesel dan raksa di udara mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah autisme berbanding mereka yang tinggal di kawasan ruang udara sihat.
Apabila pencemaran membabitkan pendedahan kepada plumbam, manganese dan gabungan beberapa logam lain, risiko bagi wanita yang tinggal di kawasan tercemar ini untuk mendapat anak autisme boleh meningkat hingga 50 peratus.

Autisme adalah masalah kecacatan otak yang menjejaskan seorang daripada setiap 88 rakyat Amerika Syarikat dan satu dalam 100 di kalangan rakyat Britain.


Terima kasih kerana membaca Sedut udara tercemar lahir anak autisme. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan