Home » » Seni tudung saji

Seni tudung saji

Tudung saji adalah keperluan penting kepada suri rumah khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dulu dan sekarang yang berfungsi menjadi penutup juadah daripada dihinggapi lalat dan dimasuki habuk. Pada zaman moden ini, tudung saji bukan sekadar itu saja, sebaliknya dijadikan perhiasan rumah, pejabat dan ruang tamu di hotel dan sesetengahnya dijadikan cenderahati untuk diberikan kepada pelbagai pihak. Kebanyakan tudung saji perhiasan dibuat dalam bentuk kecil beraneka warna dan corak mengikut tempahan dan kegemaran orang ramai. Seorang pengusaha tudung saji di Kuantan, Noriah Tawang gigih menjalankan perusahaan berkenaan di kawasan rumahnya.

Ternyata tudung saji hasil kreativiti beliau mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli di sekitar Pahang dan Kuala Lumpur.

Seni tudung saji
Anyaman warna-warni

Setiap tudung saji bersaiz kecil dijual antara RM12 hingga RM20 manakala saiz besar antara RM30 hingga RM35. Pada awalnya, tudung saji yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri tetapi lama kelamaan dijual kepada penduduk setempat, pelawat dan pelancong. pada itu, Noriah berpeluang menambahkan pendapatan agak lumayan dengan dengan membuat tudung saji perhiasan.

Bahagian luar tudung saji berwarna-warni ini dianyam daripada daun pandan manakala dalamnya pula diperbuat daripada mengkuang dan bilah buluh.


Terima kasih kerana membaca Seni tudung saji . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. Haha..menarik dah tertarik..kalau ada kemahiran buat ni mesti boleh jana pendapatan online mahupun online..hehe..semoga beliau terus maju jaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya le kan, produk ni pun bukn boleh basi mcam makanan. buat dropship pun ok nih..hehe

      Padam
  2. unik kan kalau ada anyaman macam tue..

    BalasPadam
  3. ko kena belajar ni fyna, mana tahu kan boleh buat duit.

    BalasPadam