Home » » YouTube Malaysia tarik keluar siaran negatif

YouTube Malaysia tarik keluar siaran negatif

YouTube Malaysia tidak akan berkompromi dengan pemilik akaun yang memuat naik video tidak bersesuaian bagi memastikan laman itu selamat dilayari pengguna dari semua peringkat umur.Pengendali YouTube Malaysia juga akan membatalkan penyiaran video yang mendapat reaksi negatif orang ramai bagi mengawal kandungan laman web itu. Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof (gambar), berkata pihaknya sentiasa memantau maklum balas pelanggan dan akan bertindak segera menarik keluar mana-mana video dilaporkan.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendali laman YouTube di Malaysia, kami sentiasa memastikan ia laman bermanfaat. Mana-mana siaran yang ditanda mempunyai unsur negatif akan dikeluarkan serta-merta," Zeffri Yusof, Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia

"Sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendali laman YouTube di Malaysia, kami sentiasa memastikan ia laman bermanfaat. Mana-mana siaran yang ditanda mempunyai unsur negatif akan dikeluarkan serta-merta," katanya ketika ditemui selepas Bengkel YouTube, di sini semalam.


Zeffri berkata, YouTube bertindak sebagai destinasi atas talian yang memberi tumpuan terhadap kandungan sesebuah siaran yang asli daripada segi kreativiti merangkumi muzik, sukan dan pembelajaran bahasa.

Destinasi penonton atas talian
"Matlamat YouTube bukan sekadar menjadi destinasi penonton atas talian yang inginkan kandungan berkualiti tinggi, tetapi juga sebagai landasan yang akan menarik perhatian mereka yang inginkan bahan lawak jenaka sesuai bagi tontonan seisi keluarga," katanya.

Sementara itu, Zeffri menjelaskan, sehingga kini hanya 25 peratus daripada kira-kira 700,000 penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia menggunakan YouTube sebagai medium pengiklanan mereka.

"Justeru, kami akan terus mengadakan bengkel seperti ini bagi memberi lebih pendedahan kepada penggiat PKS mengenai kemudahan yang boleh mereka peroleh melalui YouTube," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pentadbiran dan Polisi Kerajaan Google Malaysia, Goh Lih Shiun, berkata saluran Astro Gempak mencatat pelanggan paling tinggi dengan 260,000 pelanggan diikuti filem pendek jinnyboytv (200,000), penyanyi rap Namewee (180,000), Les' Copaque menerusi siri Upin dan Ipin (100,000) dan penyanyi Najwa Latif (85,000).

"Antara saluran YouTube popular yang menerima sambutan hangat di Malaysia pula ialah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), rancangan berasaskan pendidikan bahasa Inggeris terbitan Astro iaitu Oh My English, KRU Studios dan Animosta Studios yang menerbitkan siri kartun BoBoiBoy," katanya


Terima kasih kerana membaca YouTube Malaysia tarik keluar siaran negatif. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Balasan
    1. aku pun setuju ni sbb byk buruk dr baik.

      Padam