Home » » 21 syarikat terbaik untuk mula kerjaya

21 syarikat terbaik untuk mula kerjaya

Sebanyak 21 syarikat tempatan termasuk tiga bank dinobatkan sebagai antara pemenang Anugerah Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2013.
Bank terbabit ialah CIMB Group Bhd, RHB Banking Group dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank). Mereka percaya sumbangan mereka akan membawa nilai tambahan kepada syarikat dan dihargai atas kerja keras mereka" Caroline Ang, Pengurus Besar Business Media International
Penganugerahan itu adalah hasil kajian satu majalah terbitan Business Media International, HR Asia bertujuan mengenalpasti syarikat terbaik Asia dari aspek kepemimpinan, selain mengkaji maklum balas dari pekerja syarikat dan pakar bidang sumber manusia.

Majalah terkemuka Asia iktiraf prestasi pengurusan firma terpilih

Sebanyak 145 syarikat terbabit dalam kajian itu yang meliputi 12 negara di Asia.


Pengurus Besar Business Media International, Caroline Ang, berkata, semua syarikat yang terbabit dalam kajian itu dinilai bersandarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif, dengan keputusan kaji selidik diperoleh dari kedua-dua pekerja dan majikan.
"Justeru, syarikat yang dipilih tidak hanya pada profil mereka atau dasar sumber manusia, tetapi yang lebih penting adalah strategi modal insan bakat yang ada pada mereka," katanya pada majlis anugerah itu di Kuala Lumpur semalam.

Sejumlah 4,000 pekerja di Malaysia terbabit dalam kajian yang membabitkan pandangan mereka mengenai motivasi, hubungan emosi di tempat kerja, dan hubungan dengan majikan.

Kecemerlangan kerja

CIMB Group diiktiraf oleh pekerjanya berikutan komitmen perniagaan yang kukuh selain memberi ganjaran serta faedah kepada kakitangannya berdasarkan kepada kecemerlangan prestasi kerja.

RHB Banking Group pula dipilih susulan amalan konsep nilai PRIDE, iaitu profesionalisme, hormat, integriti, dinamik dan kecemerlangan, manakala EXIM Bank berdasarkan inisiatif berterusannya dalam mewujudkan semangat setia kawan di kalangan pekerja.

Selain tiga bank tempatan itu, pengendali penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd; Telekom Malaysia Bhd; Malakoff Corporation Bhd; Mah Sing Group Bhd; dan MKH Bhd turut memenangi anugerah itu.

Kepuasan bekerja

AirAsia diiktiraf hasil amalan persekitaran kerjanya yang berorientasikan keluarga, kebersamaan, program latihan modal insan selain memupuk 'sikap jaguh' dalam kalangan kakitangannya.

Telekom Malaysia pula dinobatkan sebagai tempat kerja yang memberi inspirasi menarik dan memiliki barisan individu yang mahir.

Ang berkata, kaji selidik yang dilaksanakan HR Asia itu adalah yang paling mendalam dan saintifik mengenai perhubungan pekerja dengan majikan dan amalan di tempat kerja di rantau ini.

"Kebanyakan kakitangan syarikat yang memenangi anugerah ini mendapat kepuasan bekerja. Mereka percaya sumbangan mereka akan membawa nilai tambahan kepada syarikat dan dihargai atas kerja keras mereka.

"Satu faktor yang penting ialah pekerja merasakan mereka mempunyai perasaan hak milik dalam syarikat. Mereka akan mendapat suntikan motivasi untuk memberi yang terbaik untuk syarikat kerana mereka percaya usaha keras mereka akan mendapat pengiktirafan dan ganjarannya," katanya


Terima kasih kerana membaca 21 syarikat terbaik untuk mula kerjaya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



18 Komen:

  1. kebetulan sy masih mencari pekerjaan, thanks for sharing this :D

    BalasPadam
  2. elok sgt le tuh, background bidang apa tuh? jadi full time blogger pun boleh, bleh lepak rumah hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha,,setuju dengan pendapat en karman ni...

      Padam
  3. dah ada umur nih macam dah tak suka nak berkerja dengan orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish... ni ayat2 macam dah jadi boss sendiri nih, tahniah tahniah

      Padam
    2. sy wlaupun masih mudah, dah ada sedikit malas nak kerja bawah orang

      Padam
  4. Balasan
    1. di Asia bro, steady Airasia... macam tak betul je statistik nih...hehe

      Padam
  5. salam.alah awk asal kocik bebenar dah ler cik rabun hee...byk juga syarikat bank hurm..bisa di pertimbangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. uik... keje bank ke nih? untung keje bank, loan keta murah.

      Padam
  6. semua dari syarikat malaysia. tahniah. Jakel pun tersenarai juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya le kan.. sykt Malaysia tawan Asia. DH selalu pegi Jakel ke?

      Padam
  7. Bank telah mendominasi walau kita dengar banyak ketidakpuasan hati dari persatuan NUBE.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya. mungkin itu yg minoriti kot. Suka keje cikgu...hehe, nysal aku tak ambil cikgu dulu2.

      Padam
  8. Assalamualaikum.. Utamakan syarikat yang dapat menjaga kebajikan pekerja, bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, tul tuh. Mula2 keje pilih gaji tinggi, kalau lama, kebajikan pekrja memainkan peranan ptg.

      Padam
  9. admin mana ada keje bank hee..sy keje umh jer keje jual brg sndri..produk sndri aduh..aik.. blh tgo sebahagian produk saya kt blog "my suri shop" skrg dlm proses bikin purdah heee..doakan yer.

    itu nama kerja sendri2 baru puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. uik.. ni dah kira boss sendiri nih, good luck nanti saya support.

      Padam