Home » » Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing

Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing

Beberapa ahli astronomi Britain telah menubuhkan satu rangkaian pakar untuk meningkatkan usaha risikan bagi mengesan makhluk asing, kata Persatuan Astronomi Diraja (RAS) kelmarin.Menurut pertubuhan itu, kumpulan perintis tersebut terdiri daripada beberapa orang ahli akademik daripada 11 buah institusi di Britain.Kumpulan tersebut akan meneliti data yang diperoleh daripada teleskop radio dan bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengesan sebarang isyarat daripada tamadun lain dan kemudian mentafsirkan maklumat berkenaan.
 
Kumpulan itu dikenali sebagai Rangkaian Penyelidikan SETI United Kingdom (UKSRN). Salah seorang yang terlibat dalam kumpulan itu ialah ahli astronomi diraja, Sir Martin Rees iaitu bekas Presiden Royal Society yang kini bertindak sebagai penaung kumpulan penyelidik itu.
Satu kenyataan akhbar dipetik berkata, UKSRN membentangkan gerak kerja mereka pada persidangan tahunan RAS di Edinburgh kelmarin.
Sebelum ini, ahli astronomi di Institut SETI di Amerika Syarikat (AS) telah mencari tanda-tanda kehidupan di luar sistem suria sejak tahun 1984.
Sehingga kini tiada sebarang isyarat dikesan. Namun minat terhadap usaha bagi mengesan makhluk asing masih kekal kukuh.
 
Keadaan itu didorong oleh penemuan beberapa buah planet baharu yang terletak jauh mengelilingi sistem suria. Planet itu dikesan ketika usaha pengawasan makhluk asing dilakukan.


Terima kasih kerana membaca Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. Kat malaysia ada tak bro?rasa mcm nak kenal je..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. makhluk asing rasanya takde bro, kalau pendatang asing ada.. hehe

      Padam
  2. Kat US bende nie dah jadi macam kerjaya kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. US ni kan, macam2 kerjaya ada, kat Malaysia lama2 pun akan ada gak kerjaya ca nih.

      Padam
  3. Dia orang ni memang rajin buat kajian mengenai planet dan makhluk asingkan..tapi kadang -kadang terfikir dah lama punya kajian, conclussion nya belum ada..UFO pun tak terbukti..hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang nak yg gempak2, lepas tu buat filem, masyuk gak tuh

      Padam
  4. ada blog ke yang niche makhluk asing...kalau ada boleh buat rujukan kepada makhluk asing yang bakal singgah di bumi..he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaks. niche bagus tuh bro.

      Padam
  5. apa yg bagusnya derang ni, apa sahaja yg berlaku walaupon bencana alam datang sekali pon mereka tetap bersemangat utk ingin tahu dan kaji...tapi kalau kita la...kata kl banjir esok, malam tu dah balik kampung atau dah cabut p lain tempat..akekekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tul gak tuh, diorang ni ada bajet utk buat kajian benda2 baru kot

      Padam
  6. Maybe kita boleh belajar sesuatu dari makhluk asing.. Bagaimana mereka boleh sampai ke bumi

    BalasPadam
    Balasan
    1. dlm citer boboiboy pun ada makhluk asing.

      Padam