Home » , , » Cabaran puasa pesakit diabetes , minta di jauhkan

Cabaran puasa pesakit diabetes , minta di jauhkan

Penyakit yang selalu dikaitkan dengan puasa antaranya ialah diabetes. Bagi yang sudah biasa dengan situasi itu sudah tahu mengendalikannya. Bagaimana pula bagi yang pertama kali pada bulan puasa, pasti banyak yang bermain dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan 95 peratus pesakit diabetes di Malaysia boleh berpuasa penuh dan hanya lima peratus terpaksa meninggalkan puasa atas alasan kesihatan. Berdasarkan kajian sama, peratusan pesakit diabetes di Malaysia dan Algeria mampu berpuasa sekurang-kurangnya 25 hari dalam sebulan manakala Arab Saudi 26 hari.



Kecekalan ini menunjukkan betapa kuatnya keinginan pesakit diabetes menunaikan puasa sedangkan mereka antara golongan berisiko mengalami kejadian kandungan gula rendah terutama pada bulan mulia ini.
Malah, kajian pakar kebanyakan pesakit diabetes mengikut saranan doktor supaya tidak berpuasa untuk mengelak kompilasi lain.

Bagaimanapun, pilihan untuk berpuasa atau sebaliknya adalah keputusan pesakit sendiri cuma mereka perlu berbincang dengan doktor sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum Ramadan.

Persatuan Diabetes Amerika juga menyarankan pesakit diabetes melitus jenis 2 (T2DM) harus menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya satu atau dua bulan sebelum Ramadan bermula.
Garis Panduan Asia Selatan Pengurusan Gangguan Endokrin Ramadan pula menyarankan, perancangan menghadapi bulan mulia itu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

Jalani pemeriksaan perubatan


Fakta menunjukkan 79 peratus pesakit T2DM daripada 50 juta umat Islam di dunia tetap berpuasa pada bulan Ramadan walaupun garis panduan menyarankan sebaliknya.

Pakar Perunding Kanan Endokrinologi, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata T2DM adalah diabetes atau kencing manis yang paling lazim berlaku iaitu membabitkan kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.

Dr Nor Azmi berkata, sama ada tinggi atau rendah risiko pesakit mengalami komplikasi yang berkait dengan amalan berpuasa ia bergantung kepada tahap penyakit masing-masing.

“Pesakit T2DM di Malaysia yang bercadang mahu berpuasa sangat digalakkan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum tibanya Ramadan. Kemampuan merekodkan aras gula darah sepanjang hari amat penting kerana ini membolehkan doktor memberikan sokongan lebih baik kepada pesakit diabetes yang perlu menguruskan penyakit mereka supaya tidak menghadapi risiko mengalami hipoglisemia atau komplikasi diabetes lain,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran syarikat khidmat kesihatan terkemuka, MSD berkenaan Fakta Amalan Berpuasa Ramadan, di ibu kota, baru-baru ini.

Hipoglisemia atau aras gula adalah risiko yang diketahui berkait rapat dengan amalan berpuasa pada waktu siang bagi pesakit T2DM. Hipoglisemia berlaku apabila aras glukosa dalam darah menurun sehingga menjadi terlalu rendah untuk memenuhi keperluan tubuh.

Dr Nor Azmi menegaskan jika tidak dirawat gula dalam darah menjadi rendah sekali gus boleh mengakibatkan penyakit serius seperti tidak sedarkan diri dan sawan yang memerlukan rawatan kecemasan.

Gejala hipoglisemia

Katanya, antara gejala hipoglisemia adalah berpeluh-peluh, resah, cepat marah, palpitasi jantung, sakit kepala, bingung dan pening.

“Semua gejala ini berkemungkinan menjadi ringan atau teruk. Penyelidikan terbaru menunjukkan kejadian gula dalam darah rendah yang teruk dalam kalangan pesakit T2DM nyata lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan berbanding bulan lain. Kajian epidomiologi pula menunjukkan, peningkatan 7.5 kali ganda pada kejadian hipoglisemia teruk dalam kalangan pesakit T2DM ketika Ramadan, berbanding dengan bulan sebelumnya,” katanya.

Dr Nor Azmi menambah, bagi memastikan tahap kesihatan yang baik, pengambilan makanan sihat ketika berbuka atau sahur bagi pesakit diabetes perlu dikawal dan berhati-hati.

Katanya, sebaik-baiknya cuba elakkan minuman berkarbonat, kafein dan minuman berjus seperti jus oren mahupun tembikai. Ini kerana makanan terbaik diperoleh daripada sumber asli iaitu dengan memakan buah itu terus dan bukan daripada jus yang hanya menaikkan kandungan gula dalam darah.

“Ketika berpuasa, kita sebenarnya merangsang beberapa hormon. Jadi, apabila berbuka puasa perlulah dimulakan dengan memakan hidangan ringan seperti minum air terlebih dulu dan menjamah hidangan seperti kuih. Selepas menunaikan solat, barulah bersedia untuk makan hidangan berat seperti nasi atau hidangan karbohidrat lain,” katanya.


Terima kasih kerana membaca Cabaran puasa pesakit diabetes , minta di jauhkan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



3 Komen:

  1. antara salah satu penyakit yang menyusahkan pesakit..

    BalasPadam
  2. kena berhati-hati ni bila umur dah makin naik

    BalasPadam
  3. alhamdulillah masalah ni dah bukan masalah pada mak & ayah saya. syukur sekarang dua2 orang dapat berpuasa dengan baik :)

    BalasPadam