Home » » GAMBAR - 4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan, berkeras nak bertanding ratu cantik

GAMBAR - 4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan, berkeras nak bertanding ratu cantik

Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
"Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Kredit: Berita Harian


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

"Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

"Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang," katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.


Terima kasih kerana membaca GAMBAR - 4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan, berkeras nak bertanding ratu cantik. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



5 Komen:

  1. Kenapalah yang degil sangat tu..

    BalasPadam
  2. cukup memalukan..cuba selak dlm aquran ada larangan keras di sana dan di mana tempat2 org x tutup aurat dg betul

    BalasPadam
  3. Dah taktau nak cakap apa dah. padahal fatwa nya dah lama berzaman wujud.

    BalasPadam
  4. degil nih.. nak kena tarik telinga nih.

    BalasPadam