Home » » Member aku jadi YB

Member aku jadi YB

" Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang pada  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti  2,592 undi.Keputusan pilihan raya itu sekaligus menyaksikan jumlah majoriti meningkat berbanding jumlah majoriti pada pilihan raya yang lalu.Keputusan tersebut telah diumumkan oleh pegawai pilihan raya di Dewan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.

Turut hadir mendengar pengumuman PRK kali ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga Pengarah PRK Kuala Besut.Turut kelihatan Menteri Beesar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said , Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.Tengku Zaihan memperolehi undian sebanyak 8, 288 manakala Che Long mendapat sebanyak 5, 696 undian. " Itulah berita semalam selepas PRK Kuala Besut

Apa kaitan Tengku Zaihan dengan aku?


Tengku Zaihan ( Teku Jehe ) ni belajar sama dengan aku di USM Cawangan Perak ( sekarang jadi Universiti Petronas ) tapi dia ambik kursus kejuruteraan awam dan aku ambik kursus biasa2 je. Peribadinya bagi aku ok, takde banyak masalah, senang berurusan dan tak pernah ( masa kat U ) main cinta 3 segi. Kekawan pun suka berkawan dgn dia. Bukan seorang yang glamour di U, biasa-biasa je. Takde le bergiat aktif dlm persatuan atau pun sukan, cuma pelajar biasa yang mendapat tajaan kerajaan untuk belajar dan seterusnya kerja dengan kerajaan jugak. Masa tu aku masih terkial-kial lagi cari keje, tapi dia dah keje.

Apa lagi nak bongkar nih... adus. Idea tak mari nih. Setakat sini je dulu hehehe. Aku tumpang gembira ada member jadi YB.





Terima kasih kerana membaca Member aku jadi YB. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. moga beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai wakil rakyat di sana..

    BalasPadam
  2. Selamat menjalankan tugas as wakil rakyat...

    BalasPadam
  3. nampak muka pun baik orgnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama cam aku gak.. ehehe..baik orgnya

      Padam
  4. pergh... terbaiklah kawan bro ada YB.. pergh. terbaik, semoga dia menjalankan kewajipan dengan amanah

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 aku pun jadi yb gak.... Yang Berblog

      Padam
  5. Hehe kalau saya jadi encikarman pun saya akan bangga. Alhamdulillah kita dikelilingi orang baik-baik.

    BalasPadam
  6. nanti kalau dia rasuah, aku jentik tlinga dia

    BalasPadam
  7. Perghhh bro datang Besut ni, boleh lah tidur rumah dia kan?boleh pulak merasa nikmat secawan kopi mahal kan..hahaha..masalahnya dia kenal lagi tak bro?hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih bro sbb gua dulu paling ensem, dia no. 2.

      Padam
  8. Tak sangka kan orang yang tak glamour masa kat U tetiba je dah jadi YB sekarang. ^^

    BalasPadam
  9. seronok dapat melihat kawan berjaya...semoga memberi inspirasi kepada kita


    kakiblog recently posted :Main Facebook Dapat Trafik Masuk Blog

    BalasPadam