Home » » Pencerobohan domain internet '.com.my'

Pencerobohan domain internet '.com.my'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden pencerobohan domain internet tempatan.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataan hari ini berkata SKMM telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah domain '.com.my' telah dikompromi.
Beliau berkata SKMM telah berhubung dengan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia (MYNIC) dan siasatan awal menunjukkan kompromi itu adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain itu.


"Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki," katanya.

Beliau berkata setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah berjalan seperti sediakala


Terima kasih kerana membaca Pencerobohan domain internet '.com.my'. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Nasib baik aku punya domain dot com.my tak terkena tempias.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko punya sekuriti hebat kot

      Padam