Home » » Penduduk UAE puasa 15 jam

Penduduk UAE puasa 15 jam

Penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu menahan lapar dan dahaga paling lama dalam tempoh 33 tahun iaitu sekurang-kurangnya 15 jam sehari sepanjang Ramadan tahun ini. Berikutan itu, kebanyakan ibu bapa mahu memastikan generasi muda mampu berhadapan dengan suasana berkenaan ketika suhu pada Julai dicatatkan paling tinggi sehingga mencecah 50 darjah Celsius. Suhu paling panas pernah dicatatkan di negara itu adalah 52.1 darjah Celsius pada Julai 2002. Pun begitu, meskipun bimbang dengan keadaan cuaca panas serta tempoh berpuasa yang panjang, kebanyakan penduduk tetap gembira menyambut bulan suci ini kerana menyifatkan ia memberikan keseronokan terutama ketika berkumpul untuk berbuka puasa, waktu kerja lebih pendek selain dapat bersama berkumpul bersama keluarga dan melakukan amal ibadat.


Ambil makanan kaya potasium

Bagi suri rumah kepada empat anak, Fatima Mohammed, beliau akan cuba untuk melakukan rutin hariannya bagi mengatasi sebarang masalah ketika berpuasa.Perkara penting adalah untuk tidak mengubah jadual anda. Tidak perlu berjaga lewat. Lakukannya seperti waktu biasa, katanya yang mengambil makanan yang kaya dengan zat potasium dan kekacang ketika bersahur untuk memastikan mampu bertahan sepanjang hari.

Bagi suri rumah, Shamsa A, berpuasa pada zaman sekarang lebih mudah walaupun mereka terpaksa menahan lapar dalam tempoh yang lama serta keadaan suhu panas melampau.
Sekarang semua rumah memiliki pendingin hawa dan kita tidak lagi merasa panas ketika di rumah.

Saya takut dahaga, kata Dalia Ahmed, 25, yang mempunyai cara tersendiri untuk memastikan beliau benar-benar mampu melaksanakan ibadat di bulan Ramadan ini.Sebab itu, saya tetap bangun bersahur walaupun ada sesetengah orang akan terus makan pada waktu malam sebelum mereka tidur.Saya dapati bangun untuk sahur adalah cara terbaik yang boleh dilakukan dan minum sebanyak mungkin air bagi menghadapi cuaca panas


Terima kasih kerana membaca Penduduk UAE puasa 15 jam . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan