Home » » Penyamun lari akibat dilibas sejadah

Penyamun lari akibat dilibas sejadah

Dua penyamun bersenjatakan pisau lari bertempiaran meninggalkan rumah yang diceroboh, apabila pelajar yang cedera akibat cubaan menyamun melawan sambil melibas sejadah dalam kejadian di Bandar Putra dekat sini, awal pagi semalam.Kejadian berlaku jam 2.30 pagi, ketika mangsa Abdul Hanan Hasan, 18, yang juga pelajar sekolah agama bersendirian di rumah, manakala ibu bapanya ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
 
Abdul Hanan berkata, kejadian berlaku sejurus beliau bangun untuk ke bilik air, selepas tertidur atas sejadah di ruang tamu rumahnya malam kelmarin.
Ketika ke ruang tamu untuk melipat sejadah, saya terkejut apabila dalam keadaan samar kerana lampu dipadamkan, seorang lelaki menegur supaya saya serahkan duit dan motosikal kalau nak selamat.

Ditikam di belakang 
   Saya membalas sambil berkata, saya takut awak yang tak selamat nanti.
Kata-kata itu membuatkan lelaki terbabit menyerang saya tetapi saya berjaya menumbuk mukanya dengan tangan kiri menyebabkan dia terjatuh.
Tanpa disedari, seorang lagi rakannya memukul dan menikam belakang saya menggunakan topi keledar dan pisau. Saya cuba melawan dan dengan sejadah, saya melibas tangan suspek hingga pisaunya jatuh serta melibas muka seorang lagi rakannya, katanya.

Berkemahiran dalam seni tomoi, Abdul Hanan berkata, usahanya melawan menyebabkan dua lelaki itu mencapai pisau yang jatuh itu sebelum memanjat pagar dan menyorong motosikal mereka sebelum menghidupkan kenderaan itu dan melarikan diri.
 


Terima kasih kerana membaca Penyamun lari akibat dilibas sejadah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen: