Home » , » Piya, Azammuddin terpaksa digugur

Piya, Azammuddin terpaksa digugur

Kelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa menggugurkan kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Pahang, Azammuddin Akil selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Rajagobal memanggil dua pemain senarai menunggu iaitu Junior Eldstal dari Sarawak dan Christie Jayaselan, Tentera.
Daripada 27 pemain yang dipanggil, hanya 24 pemain melapor diri di Wisma FAM, petang semalam termasuk Eldstal dan Christie.


Kelibat Piya, Azammuddin dan seorang lagi pemain Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang isterinya baru bersalin, kelmarin, tidak kelihatan.

Fadhli Shas dan K Reuben pula masih bersama skuad Ong Kim Swee di Kazan, Russia untuk Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013.

Eldstal, Christie jadi pengganti

"Kita tak mahu tunggu lama selepas mengetahui Badhri cedera hamstring dan tangan Azammuddin pula masih belum pulih sepenuhnya.
Jadi kita panggil dua pemain, Eldstal dan Christie menggantikan mereka, kata Rajagobal ketika ditemui pada hari pertama kem latihan skuad negara, petang semalam.

Bagaimanapun, pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya tetap perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya


Terima kasih kerana membaca Piya, Azammuddin terpaksa digugur. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. mungkin tiada pilihan huhu...

    BalasPadam
  2. pia cedera jap je tuh, nanti boleh beraksi lagi

    BalasPadam
  3. semoga prestasi bolasepak tempat semakin baik

    BalasPadam
  4. waduh, cedera la plakk..

    BalasPadam