Home » » Playoff hari pertama puasa

Playoff hari pertama puasa

Kuala Lumpur: Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim ini ditentukan pada dua perlawanan playoff, Rabu ini, iaitu hari pertama Ramadan. Ia membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana.

"Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan." Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM."

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata dua perlawanan playoff itu membabitkan pasukan ke-11 Liga Super menentang pasukan ke-6 Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pasukan ke-12 Liga Super menentang pasukan ke-5 Liga Perdana di Stadium Shah Alam.

"Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan.

"Format playoff ini hanya satu perlawanan saja yang mana dua pemenang perlawanan akan layak ke Piala Malaysia bermula 17 Ogos depan," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Saingan Piala Malaysia membabitkan 16 pasukan yang dipecahkan dalam empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final.
Majlis undiannya dijangka berlangsung 27 Julai ini.

Hamidin berkata, 10 pasukan teratas Liga Super layak secara automatik dengan sembilan sudah mengesahkan tempat iaitu Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim (DT), Tentera, Kelantan, Pahang, PKNS FC, Perak dan Terengganu manakala empat pasukan Liga Perdana yang sudah layak automatik ialah Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah.

"Empat pasukan untuk perlawanan playoff ini pula, Negeri Sembilan sudah sah tempat ke-12 Liga Super manakala tempat ke-11 sama ada FELDA United atau T-Team.

"Untuk Liga Perdana, Sabah sudah sah layak ke playoff manakala satu lagi pasukan sama ada Pos Malaysia atau Polis," katanya.

Musim lalu, tiada perlawanan playoff untuk Piala Malaysia apabila 12 pasukan teratas Liga Super (ketika itu 14 pasukan bertanding Liga Super) dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak secara automatik untuk melengkapkan 16 pasukan.

Namun, terdapat juga perlawanan playoff bagi merebut slot ke Liga Super dan Liga Perdana 2013 yang diadakan pada 17 dan 19 Julai di Melaka, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan bermula pada 21 Julai tahun lalu


Terima kasih kerana membaca Playoff hari pertama puasa. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. N9 sangat mengecewakan pada musim ni :(

    BalasPadam
  2. tahun depan N9 kena rombak nih, kena keluar duit skit beli player

    BalasPadam
  3. xminat sangat bola ni, so play off tu pon xtau apa namanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki ke prempuan nih.. ( hehe gurau je bro ).

      Padam
  4. Nasib baik seladang tak menjunam season nih.... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. makin best liga kita nih en. Sobri.

      Padam
  5. ok lah tu johor dan jdt dah layak apa nak lagi hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk bajet johor tuh, supporter baru sthn bentuk tapi sorakan mantap.

      Padam
  6. saya sekadar mau tahu info tentang bola...minat tak begitu kuat..

    BalasPadam